Urusan jual beli hartanah merupakan perkhidmatan utama MFI Real Estate Agency. Agensi ini dibarisi ejen-ejen hartanah yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang urusan jual beli dan sewaan hartanah sama ada untuk tujuan kediaman, perniagaan mahupun pertanian.
Ejen-ejen kami sedia membantu anda dalam urusan-urusan berkaitan termasuk penyediaan butiran perjanjian dan permohonan pinjaman.
Lelongan Awam
MFI Real Estate Agency sering diberi kepercayaan mengendalikan Lelongan Awam ke atas pelbagai jenis hartanah. Senarai hartanah diterima daripada pejabat-pejabat tanah dalam negeri Pahang dan institusi-institusi perbankan.
Agensi ini komited untuk membantu agensi-agensi awam memperolehi pulangan yang wajar daripada arahan lelongan ke atas aset-aset tersenarai serta membantu institusi-institusi perbankan menurunkan kadar NPL mereka.
Sehingga kini, MFI Real Estate Agency telah memberikan khidmat kepada Pejabat-pejabat Tanah di daerah Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh.
Penilaian (Valuation)
Penilaian hartanah adalah proses menentukan nilai hartanah secara bebas dan profesional berdasarkan lokasi, keadaan dan faktor-faktor lain.
MFI menyediakan khidmat penilaian hartanah kepada individu atau perniagaan yang terlibat dalam urusniaga jual-beli hartanah. Ia bagi membantu mereka menentukan nilai pasaran semasa bagi hartanah tersebut.
Nlaian ini juga digunakan oleh pihak bank untuk menentukan jumlah yang sesuai untuk pinjaman atau pembiayaan pembelian sesebuah hartanah.