BANGLO SETINGKAT 6 BILIK - SOLD
Lot 2676, Kampung Pelindung, Beserah, Kuantan, Pahang.
RM 800,000
Size:
949

HARGA JUALAN : RM800,000.00

NILAI PASARAN SEMASA : RM1,200,000.00

Nampak dari pintu pagar luar banglo ini kelihatan tinggi seperti 2 tingkat tapi yang sebenarnya hanya banglo setingkat sahaja. Bila terbuka sahaja autogate depan terserlah binaannya. Banglo ini dibina di atas tanah yang berkeluasan 10,215 kaki persegi.

Melangkah sahaja di pintu masuk hadapan dalam hati terus terdetik "WOW"!. Ruang tamu yang sungguh luas, siling yang tinggi dan lampu chandelier yang bergantungan umpama masuk ke dalam Istana Hinggap. Sejuk dan nyaman je berada di ruang tamu walaupun tanpa aircond.

Di bahagian wing sebelah kiri terdapat 4 bilik. 3 bilik tidur yang setiap bilik mempunyai bilik air sendiri dan 1 bilik yang dikhaskan sebagai bilik solat. Bilik solat ini mempunyai tempat wuduk dan juga balkoni. Dan kesemua bilik ini dilengkapi dengan aircond.

Di bahagian wing sebelah kanan pula terdapat ruang makan atau disebut dining area, ruang dapur untuk memasak, bilik home theater dan juga bilik air untuk tetamu. Jadi tak perlu ke pawagam jika dah ada bilik cinema sendiri. Berdentum dentam menonton action movie. Bilik theater ini juga dilengkapi dengan aircond.

Di hujung ruang tamu pula terletaknya bilik utama atau master bedroom. Bilik luas dan mempunyai bilik air sendiri dan juga balkoni. Bilik ini juga dilengkapi aircond.

Selain halaman yang luas, banglo ini juga mempunyai ruang bbq atau tempat santai bersama keluarga tanpa bumbung yang dibina di atas porch hadapan. Boleh nampak view bukit beserah dari tingkat atas ini. Cuma tak dapat view laut je. Porch hadapan berbumbung boleh memuatkan 4 biji kereta.

Hanya 3 minit sahaja untuk ke Pantai Pelindung sambil menikmati Celup Tepung Pok Awang dan juga mee calong. Begitu juga kalau nak beriadah di Tasik Pelindung. Semuanya berdekatan dengan banglo ini.

Banglo setingkat yang luas ini ditawarkan DI BAWAH HARGA PASARAN. Untung jika anda dapat memilikinya.

Tunggu apa lagi. Wasap saya segera !!!

kredit to Burn Rizal ( Ren 64007 ) atas karangan yg superb ni.......

Overview

Price: RM 800,000
Size: 949
Bedrooms: 6
Bathrooms: 6

Map

Copyright © 2024 MFI Real Estate Agency