Pengenalan

MFI Real Estate Agency merupakan agensi yang menawarkan perkhidmatan-pekhidmatan dalam bidang hartanah termasuk urusan jual dan beli, penyewaan, pengurusan, pembangunan projek, khidmat nasihat dan rundingcara.

 

Selain hartanah-hartanah persendirian, MFI Real Estate Agency juga berpengalaman menguruskan penjualan unit-unit rumah yang dibangunkan oleh pemaju-pemaju ternama tempatan.

 

MFI Real Estate Agency juga sering diberi kepercayaan mengendalikan Lelongan Awam yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah serta institusi-institusi perbankan. Agensi ini membariskan seramai tujuh orang Pelelong Bertauliah.

 

MFI Real Estate Agency menawarkan keupayaan dan pengalaman untuk membantu institusi perbankan membendung kenaikan pinjaman tidak berbayar (NPL) melalui Lelongan Awam.

 

Dengan lebih 10 tahun pengalaman, MFI Real Estate Agency berbangga memiliki reputasi yang tinggi dalam hartanah. Agensi ini amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk para pelanggan, agensi kerajaan, pemaju, institusi perbankan dan rakan-rakan di dalam industri ini.

 

MFI Real Estate Agency komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bertanggungjawab seterusnya membantu menyediakan kepakaran dan pengalaman yang diperlukan dalam industri hartanah tempatan.

Falsafah Kami

Menjadi firma ejen hartanah yang komited dan bertanggungjawab dengan menjadikan kehendak dan keperluan pelanggan sebagai keutamaan.

 

Misi Kami

Mewujudkan pasukan pemasaran yang berilmu dan berpengalaman bagi memastikan keperluan dan kepuasan pelanggan sentiasa dipenuhi.

Copyright © 2024 MFI Real Estate Agency